29 Jun , Dewan Saidina Ali - BADIK Maahad SAS akan mengadakan program Minggu Sunnah pada mingggu ini bermula 29 Jun hingga 4 Julai 2009.

Pada perhimpunan pagi tadi, Tuan Pengetua, Hasanudin Md Isa telah merasmikannya. Beliau menyokong usaha badan dakwah dalam usaha untuk menyampaikan dakwah kepada semua pelajar. Berdasarkan tentatif yang terdapat di dalam kertas kerja, beliau bersetuju dan meluluskan program ini.

Selain itu, beliau juga bercakap supaya semua pelajar dapat memanfaatkan program yang bermanfaat ini.

Banyak program telah di susun oleh ajk antaranya ialah tazkirah, selawat di perhimpunan, ceramah, kuliah, forum, tayangan dan sebagainya.

Kepada semua pelajar, semoga antumm semua dapat bekerjasama dalam program ini. "Jom amal sunnah."