1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

    2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

    3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

    4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

    5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

    6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

    7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

    8.Jauhilah mengumpat peribadi orang,mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

    9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

    10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.



Salam perpisahan buat Tuan Pengetua, guru2 dan Bekas Penasihat BADIK

MaahadSAS 11 Februari – Setelah berkhidmat selama 2 tahun 10 bulan, akhirnya tuan pengetua, Cikgu Hasanuddin Md Isa ditukarkan ke Raub.

Pada 10 Februari lalu, satu majlis perpisahan sempena meraikan perpisahan beliau telah disempurnakan oleh warga Maahad. Serentak dengan meraikan kedatangan pengetua baru, pihak sekolah juga turut mengundang beberapa orang guru yang telah bertukar sebelum ini.

Cikgu Hasanuddin telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48 dan diarahkan bertukar ke Sekolah Menengah Agama al-Falah, Batu Talam, Raub. Walaupun menyedihkan, kesedihan itu terubat jua kerana beliau diibaratkan balik kampung kerana beliau adalah ‘Orang Raub’. Seluruh warga Maahad mendoakan agar beliau dapat berbakti dan menabur jasa di sekolah baru seperti mana yang telah beliau lakukan pada MaahadSAS.

Sebagai galang ganti, MaahadSAS telah menerima seorang pengetua baru yang tidak kurang hebat. Beliau adalah Cikgu Azmi bin Aman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan yang juga telah dinaikkan pangkat ke DG48. Cikgu Azmi adalah seorang guru yang mempunyai karisma dan kesungguhan dan seluruh warga Maahad mengharapkan agar beliau dapat merealisasikan idea-idea baik yang ditinggalkan oleh Cikgu Hasanudin.

Sesungguhnya pergerakan dan perpindahan itu adalah kehidupan. Tanpanya manusia akan kaku dan jumud. Selamat bertugas di tempat baru cikgu Hasan dan guru-guru yang lain....

Selain itu, maahad sas juga bersedih dengan pemergian beberapa orang guru iaitu Us Suhaimi yang berpindah ke SMA GUAI, Cikgu Fariza berpidah ke SMA Chenor, Puan Mardhiah ke SMA Pulau Tawar dan Us Zarimi ke SMK Wangsa Maju. Selamat bertugas kepada semua di tempat yang baru...

BADIK merakamkan ribuan terima kasih buat Us Zarimi kerana pernah menjadi Penasihat BADIk pada tahun 2010. Segala tunjuk ajar dan bantuan selama ini semoga Allah memberkati jasa baik ustaz...

Mesyuarat Pengurusan Terakhir bersama cikgu Hasan

Majlis perpisahan dan meraikan kehadiran pengetua baru

Amanat terakhir dari pengetua kepada warga Maahad

Ucapan aluan dari pengetua baru


Cenderahati untuk cikgu Fariza


Punch kad terakhir...kepada semua warga maahad, tepatilah waktu bekerja.

Selamat tinggal.

BADIK rai alumni Badan Dakwah

Maahad SAS, Jengka : Badan Dakwah Ibadah & Kepimpinan (BADIK) pada hari ini dengan bangganya telah berjaya menganjurkan Ijtima' Aidilfitri serta meraikan Alumni-alumni badan dakwah yang pulang beraya di Jengka sempena aidilfitri pada kali ini. Ijtima' yang diadakan di Bilik Tarbiyyah (bilik gerakan BADIK) itu bermula jam 9.30 pagi.

Sekitar jam 9.30 pagi Bilik Tarbiyyah telah dipenuhi oleh ahli-ahli BADIK dan alumni. Kebanyakkan alumni yang hadir merupakan pelajar dan bekas pelajar IPT tempatan seperti UKM, UM, UIA, USIM dan sebagainya. Mereka yang pulang bercuti sempena Aidilfitri berkesempatan untuk hadir.

Sebahagian Alumni dan ahli BADIK yang hadir..

Sebahagian Alumni dan ahli BADIK muslimat yang hadir..

Majlis Ijtima' ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih yang merupakan Guru Penasihat BADIK. Dalam ucapannya beliau amat bersyukur dengan kehadiran alumni BADIK dan mengharapkan agar semua alumni dapat membantu badan dakwah dalam misi membersihkan sekolah daripada terlibat dengan masalah displin serta sering berkunjung untuk mengadakan program-program seminar, motivasi serta program-program keislaman yang lain.

Ustaz Zarimi

Di samping itu, pengalaman yang diperolehi semasa berada di kampus/ipt mestilah di kongsi dengan pelajar-pelajar maahad SAS khasnya kepada ahli-ahli BADIK bagi meningkatkan mutu gerak kerja serta memperturunkan ilmu-ilmu yang berkaitan dan dalam masa yang sama semua pelajar dapat memanfaatkan ilmu tersebut.

Selain itu, barisan guru penasihat juga berharap agar alumni yang hadir pada ijtima' kali ini supaya dapat membantu menjana dana kewangan BADIK.

Turut hadir Ustazah Hairul Azimah Abdul Aziz, guru penasihat BADIK yang juga merupakan salah seorang daripada Alumni BADIK.

Semua yang hadir sedang menikmati juadah raya

Semua yang hadir sedang menikmati juadah raya

Suasana ketika mengambil jamuan..

Suasana ketika mengambil jamuan..

Selain daripada menikmati jamuan Aidilfitri, semua yang hadir juga diberi peluang untuk memberikan ucapa selamat hari raya. Mereka juga dihidangkan dengan tayangan multimedia "BADIK : kenangan bersama".

Kemudian disusuli dengan cabutan bertuah, dan sesi taaruf bagi yangmasih belum mengenali alumni-alumni. Akhirnya semua yang hadir telah membuat sesi penggambaran sebagai kenang kenangan.

Urusetia mengucapkan terima kasih kepada AJK BADIk dan ahli-ahli yang bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan Ijtima' pada kali ini. Terima kasih juga kepada alumni-alumni yang sudi hadir.

Ihya' Ramadhan 1431H


Majlis Bersalam-salaman bersama guru : 10 Ogos 2010

- solat maghrib - ceramah ramadhan - solat isyak - solat terawikh - majlis bermaaf-maafan -

Tadarus Al-Quran

- mengikut usrah masing-masing

Solat Zohor berjemaah di surau sekolah

- pelajar berulang

Bacaan Al-Quran setiap pagi

- Bacaan Al-Quran akan diperdengarkan setiap pagi - 15 minit sebelum perhimpunan

..dan banyak lagi.....

WIRA NEGARA kunjungi Maahad SAS


Dewan Saidina Ali Isnin, 28 Jun – Majlis "Hapuskan Air Mata Gaza" telah berlangsung hari ini. Majlis ceramah dan perkongsian pengalaman ini adalah anjuran Badan Dakwah dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia.

Bermula pada jam 9 pagi, dan dihadiri oleh semua pelajar, guru dan beberapa orang tetamu dari luar.

Yayasan Amal Malaysia diwakili oleh saudara Jamuliddin bin Elias. Beliau merupakan Timbalan Presiden AMAL Malaysia dan merupakan salah seorang aktivis yang telah menyertai konvoi ke Gaza, Palestin. Konvoi ini bermotokan "Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G)". Beliau merupakan aktivis Malaysia yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu.

Dalam peristiwa itu seramai dua belas rakyat Malaysia yang berada di kapal Mavi Marmara – kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza telah diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Senarai aktivis Malaysia adalah :

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin

2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Dalam kejadian itu juga , tiga orang aktivis telah dibunuh, manakala 50 yang lain cedera. Komando-komando Israel telah memperlakukan tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan terhadap aktivis-aktivis yang berada di dalam kapal tersebut. Selain dipijak-pijak sambil diketawakan, komando Israel telah menembak secara rambang ke arah para aktivis. Ada di antara jenazah yang terkorban berbau wangi dan harum seperti kasturi.

Peristiwa tragis kepada kapal Mavi Marmara telah memberi tekanan hebat kepada rejim Zionis Israel, dan dalam masa yang sama telah dapat membuka mata seluruh dunia terhadap kekejaman yang dilakukan selama ini terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza.

Dalam majlis ini, saudara Jamuliddin juga telah menceritakan situasi yang berlaku di Palestin masakini. Regim Zionis menggunakan bom fosforus putih untuk membunuh rakyat Palestin. Bangunan kediaman, infrastruktur malah tanaman dan pokok-pokok tidak terkecuali dari penghapusan. 150 orang dibunuh setiap bulan melalui pelbagai bentuk jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

Turut disentuh adalah negara umat Islam yang bersekongkol dengan Yahudi seperti Mesir. Mesir yang bersempadan dengan Israel di Rafah, telah memainkan peranan utama dalam menyekat saluran bantuan ke Gaza.

Majlis tamat pada jam 1 tengahari.

Gambar saudara Jamuliddin ketika disambut oleh keluarga dan sahabat handai di KLIA pada 6 Jun 2010.

Saudara Jamiluddin berkopiah putih

Buku berkaitan perjuangan rakyat Palestin juga dijual

Tingkatan 3 al-Kindi dan al-Farabi tidak ikut serta kerana terlibat dalam seminar B.Inggeris di UiTM Jengka

Slaid persembahan menayangkan gambar-gambar ketika peristiwa tersebut.

Cenderamata kenang-kenangan.

Tidak melepaskan peluang bergambar bersama tokoh aktivis.