MaahadSAS 11 Februari – Setelah berkhidmat selama 2 tahun 10 bulan, akhirnya tuan pengetua, Cikgu Hasanuddin Md Isa ditukarkan ke Raub.

Pada 10 Februari lalu, satu majlis perpisahan sempena meraikan perpisahan beliau telah disempurnakan oleh warga Maahad. Serentak dengan meraikan kedatangan pengetua baru, pihak sekolah juga turut mengundang beberapa orang guru yang telah bertukar sebelum ini.

Cikgu Hasanuddin telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48 dan diarahkan bertukar ke Sekolah Menengah Agama al-Falah, Batu Talam, Raub. Walaupun menyedihkan, kesedihan itu terubat jua kerana beliau diibaratkan balik kampung kerana beliau adalah ‘Orang Raub’. Seluruh warga Maahad mendoakan agar beliau dapat berbakti dan menabur jasa di sekolah baru seperti mana yang telah beliau lakukan pada MaahadSAS.

Sebagai galang ganti, MaahadSAS telah menerima seorang pengetua baru yang tidak kurang hebat. Beliau adalah Cikgu Azmi bin Aman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan yang juga telah dinaikkan pangkat ke DG48. Cikgu Azmi adalah seorang guru yang mempunyai karisma dan kesungguhan dan seluruh warga Maahad mengharapkan agar beliau dapat merealisasikan idea-idea baik yang ditinggalkan oleh Cikgu Hasanudin.

Sesungguhnya pergerakan dan perpindahan itu adalah kehidupan. Tanpanya manusia akan kaku dan jumud. Selamat bertugas di tempat baru cikgu Hasan dan guru-guru yang lain....

Selain itu, maahad sas juga bersedih dengan pemergian beberapa orang guru iaitu Us Suhaimi yang berpindah ke SMA GUAI, Cikgu Fariza berpidah ke SMA Chenor, Puan Mardhiah ke SMA Pulau Tawar dan Us Zarimi ke SMK Wangsa Maju. Selamat bertugas kepada semua di tempat yang baru...

BADIK merakamkan ribuan terima kasih buat Us Zarimi kerana pernah menjadi Penasihat BADIk pada tahun 2010. Segala tunjuk ajar dan bantuan selama ini semoga Allah memberkati jasa baik ustaz...

Mesyuarat Pengurusan Terakhir bersama cikgu Hasan

Majlis perpisahan dan meraikan kehadiran pengetua baru

Amanat terakhir dari pengetua kepada warga Maahad

Ucapan aluan dari pengetua baru


Cenderahati untuk cikgu Fariza


Punch kad terakhir...kepada semua warga maahad, tepatilah waktu bekerja.

Selamat tinggal.