Maahad SAS, Jengka, 25 Januari - Kursus Organisasi BADIK 2010 telah diadakan pada 22 - 24 Januari 2010 di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Diini, Bandar Jengka. Kursus ini bertujuan menerapkan pelbagai skop serta multi-skill kepada semua pimpinan dan ahli Badan Dakwah, Ibadah & Kepimpinan (BADIK), Maahad SAS.
Semua modul serta program dan slot yang di jalankan di dalam program yang diadakan setiap tahun ini adalah merupakan hasil perbincangan Guru Penasihat BADIK serta Alumni BADIK.
Selain itu, kursus ini juga bagi membentuk setiap peserta akan keyakinan diri, penerapan sifat dan ciri-ciri kepimpinan yang jitu serta teguh menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam melaksanakan tugas sebagai pimpinan dan ahli badan dakwah.
Di antara aktivit yang dijalankan ialah modul kembara, ceramah, slot khas ukhuwah, riadhah berpadu dan sebagainya. Dalam setiap aktiviti ini diterapkan semua skop yang penting bagi setiap mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan tugas sebagai daie/pendakwah.
Menurut Pengarah Program, Sdr Hanifuddin B. Rerah, program yang diadakan setiap tahun ini perlu diteruskan. Bagi saya program pada tahun ini ada kelainannya kerana kesepakatan antara urusetia yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan di samping dengan kerjasama daripada beberapa mahasiswa dari ipt tempatan. Tidak lupa juga buat guru penasihat BADIK yang sanggup bersama kami walaupun mempunyai tugas yang lain.
Program ini adalah anjuran BADIK 2010 dengan kerjasama Alumni BADIK Maahad SAS jengka.
Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membikinkan program ini sehingga berjaya. tidak lupa buat Tuan Pengetua, Tuah Hj Hasanuddin Md Isa, Us Nafizal Osman, Us Zarimi Abu Zih, Usth Hairul Azimah & Usth Nor Ayu serta semua guru-guru di Maahad SAS Jengka. - Admin.

Leave a Comment