Pelajar berkumpul di MAsjid Al-Ghazali sebelum berarak ke dewan besar Saidina ALi

6 Mac, Dewan Saidina Ali - Perasmian penutup sambutan maulidurrasl telah berjaya di sempurnakan oleh Us Nafizal Bin Osman, selaku Penasihat Badan Dakwah Ibadah & Kepimpinan (BADIK) Maahad As-Sultan AHmad Shah Ad-Diini, Bandar Jengka.

Sambutan ini telah dinamakan sebagai "Program Mencari Cinta Rasulullah SAW". Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah ini telah dianjurkan bermula 1 Mac sehingga 6 mac iaitu seminggu yang telah dirasmikan pembukaannya pada perhimpunan pagi 1 mac tempohari. Dalam sambutan ini, pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi mendekatkan pelajar dengan sunnah dan Rasulullah saw.

Antara program yang dijalankan ialah pertandingan bercerita (Cerita Nabi Muhammad), pertandingan teka silangkata, pertandingan melukis poster, pertandingan menulis cerpen yang semuanya itu berkaitan dengan Nabi Muhammad saw. Selain itu, pada hari Isnin dan Khamis semua pelajar berpuasa sunat dan diadakan iftar jamaie iaitu berbuka puasa bersama-sama.

Selepas manghrib setiap hari diadakan kuliah maghrib berfokuskan pengisian kepada mendekatkan pelajar kepada Rasulullah lantas menghayati sunnah baginda saw.

Pada malam yang terkahir, (Jumaat malam sabtu) pihak penganjur telah mengadakan Tayangan Amal iaitu tayangan filem Ar-Risalah. Sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua pelajar telah memeriahkan lagi suasana di dewan besar.




Kemudian pada hari sabtu, 6 Mac, sekitar jam 7.45 pagi semua pelajar telah berkumpul di Masijd Al-Ghazali dan mereka semua berarak menuju ke Dewan besar sambil berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw.

Setelah sampai di dewan besar itu, barulah bermula majlis perasmian penutup sambutan ini.