Peserta semasa mengikuti salah satu slot dalam Kembari 2010
9 - 11 April- BADIK, Maahad SAS sekali lagi mengorak langkah mencatat sejarah dengan kejaayaan gemilangnya menganjurkan program Kem Bina Akhlak Remaja Islam (Kembari 2010) yang berakhir semalam. Program 2 hari 3 malam itu bertujuan mengukuhkan ibadah asas dan menekankan aspek akhlak kepada pelajar baru Tingkatan 1 yang baru memasuki sekolah ini tahun 2010.
Program ini bermula dengan perancangannya selama 1 bulan yang lalu telah mendapat persetujuan daripada pihak pentadbiran sekolah dan sedikit perbelanjaan daripada pihak sekolah. Selain itu, program ini juga di bawah bimbingan Guru Penasihat yang tidak jemu-jemu membantu iaitu ustaz Nafizal & Us Zarimi.
Semua peserta di wajibkan berkampung di dewan besar iaitu dewan Saidina Ali bagi memudahkan pergerakan pelajar-pelajar untuk mengikuti setiap slot yang di jalankan ini memandangkan jarak asrama dengan dewan agak jauh dan memungkinkan mengambil masa untuk sampai ke dewan.
Program 3 hari tersebut memuatkan pengisian yang penting antaranya Ceramah Kenapa Muslim perlu berakhlak, Ceramah Bina Akhklak Mahmudah, knock Out Mazmumah, dan beberapa siri kuliah Maghrib dan Subuh.
Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga telah menarik minat pelajar-pelajar kerana ia telah mendapat bimbingan terus dari fasilitator yang dijemput khas dari Kuliyyah, Pekan. fasilitator tersebut terdiri daripada bekas-bekas pelajar Maahad SAS yang kini sedang berada Tingkatan 6 di Kulliiyah. Peserta juga mendapat bimbingan praktikal solat, wudhuk dan pembetulan bacaan wirid seorang demi seorang dari fasilitator dalam slot-slot LDK yang di adakan.
Selain itu, slot riadhah bermodul juga diwujudkan untuk memenuhi falsafah pendidikan Islam dari sudut jasmaninya. Mereka perlu menitik beratkan aspek jasmani bagi memenuhi aspek-apsek yang lain. Ini kerana Nabi SAW pernah berabda " Aqal yang sihat datang dari badan yang sihat."
Pada malam kedua telah di adakan slot Push & pull untuk memuhasabah dan memotivasikan peserta supaya terus kuat untuk meneruskan sesi pembelajaran di maahad ini walaupun terdapat banyak program dan mata pelajaran yang [perlu dipelajari.
Menurut Hafizuddin yang merupakan Presiden BADIK, beliau menyatakan bahawa program ini sangant menitikberatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Setiap aktiviti dan slot LDk mahupun riadhah akan di asingkan antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan perkara-perkara yang negatif berlaku.
Semua kumpulan juga dinilai dan di sediakan hadiah bagi kumpulan yang cemelang dari beberapa sudut seperti ketepatan masa, berpakaian kemas, berdisplin, awal bersiap untuk solat dan sentiasa memberikan respon yang baik dalam setiap slot yang di adakan.
Program ini tamat dengan majlis penyampaian hadiah. Dalam ucapan wakil pelajar pada majlis terakhir, semua peserta berminat untuk hadir lagi sekiranya program seperti ini di adakan pada masa akan datang. Selain itu mereka sangat bergembira kerana dapat berkenalan dengan abang-abang dan kakak-kakak yang sanggup datang untuk menjadi fasilitator.
Program berakhir sekitr jam 2 ptg. Walaupun keletihan semua urusetia sangat berpuas hati dengan respon yang baik daripada peserta serta kerjasama dari urusetia dan fasilitator jemputan.
Leave a Comment