Peserta yang khusyuk mengikuti Yaumul Mar'ah
Sabtu, 1 Mei - Dewan Saidina Ali pertama kalinya dipenuhi hanya golongan muslimat iaitu semua pelajar perempuan Maahad SAS Jengka. Program yang di beri nama Yaumul Mar'ah itu merupakan program khusus untuk pelajar perempuan sahaja. Program ini merupakan program yang julung-julung kalinya di adakan di sekolah ini memandangkan golongan muslimat merupakan golongan istimewa yang perlu di berikan perhatian.
Yaumul Mariah atau juga maksudnya "Hari Wanita" di adakan bertujuan memberi kesedaran kepada semua pelajar perempuan akan tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul sebagai seorang wanita atau muslimah.
Program ini juga menekankan agar setiap dari muslimah itu perlu memberikan perhatian kepada masalah-masalah Fiqh Wanita yang sangat penting. Kefahaman yang sangat jitu terhadap permasalahan fiqh wanita dan ilmu-ilmu kewanitaan perlu di sebatikan di dalam diri bermula sekarang agar tidak mengundang masalah yang lebih besar di masa akan datang. Fiqh-fiqh muasarah/semasa atau masalah-masalah semasa bagi muslimah atau wanita perlu ditiriikberatkan.
Selain itu, program ini juga menekankan akan akhlak sejati sebagai seorang muslimah yang perlu diterapkan di dalam diri seseorang muslimah. tiada yang perlu diragukan lagi, hanya RAsulullah dan isteri2 baginda sahaja sebagai contoh tauladan yang baik.
Menurut Noor Diana Abu Zih, Timbalan Presden BADIK, Program ini sangat penting untuk memberikan kesedaran kepada semua pelajar perempuan berkenaan adab-adab, akhlak serta sifat-sifat kesopanan yang perlu ada pada setiap perempuan, memandangkan dunia sekarang yang penuh dengan onak ranjau dan cabaran yang begitu besar. Persediaan untukk menghadapi semua itu perlua kepada program-program kesedaran seperti ini.
Manakala menurut Ku Aisyah Ku Yaakub (Pengarah Program Yaumul Mar'ah )pula, beliau menyebut walaupun pada asalnya program ini dirancang pada 3 April lalu, namun sudah berkali-kali di tangguh, saya dan pihak urusetia terus berusaha untuk pastikan program ini tetap berjalan kerana merujuk kepada sambutan yang begitu menggalakan berdasarkan penyertaan dan minat pelaja-pelajar.
Program ini dimulai dengan Ceramah oleh Ustazah Faezah (Timbalan Nisa' Negeri Pahang) yang telah mendedahkan tentang peri penting muslimah akhir zaman kini membuat persediaan bagi mengahdapi dunia globalisasi yang penuh dengan cabaran.
Kenudian di susuli dengan perbincangan masalah-masalah fiqh wanita dan program ini berakhir dengan satu tayangan amal.
Program tamat sekitar jam 12.30 tengahari. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Nafizal Osman selaku Penasihat Badan Dakwah Ibadah & Kepimpinan (BADIK), Maahad SAS.
Setelah setahun lebih tidak "update"
-
Assalamualaikum semua... kira-kira sudah setahun lebih rasanya tidak
mengemaskini blog ini. Blog ini saya telah bina ketika di Mesir. Entah
macam mana teti...
11 years ago
Leave a Comment