Dewan Saidina Ali Isnin, 28 Jun – Majlis "Hapuskan Air Mata Gaza" telah berlangsung hari ini. Majlis ceramah dan perkongsian pengalaman ini adalah anjuran Badan Dakwah dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia. Bermula pada jam 9 pagi, dan dihadiri oleh semua pelajar, guru dan beberapa orang tetamu dari luar. Yayasan Amal Malaysia diwakili oleh saudara Jamuliddin bin Elias. Beliau merupakan Timbalan Presiden AMAL Malaysia dan merupakan salah seorang aktivis yang telah menyertai konvoi ke Gaza, Palestin. Konvoi ini bermotokan "Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G)". Beliau merupakan aktivis Malaysia yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu. Dalam peristiwa itu seramai dua belas rakyat Malaysia yang berada di kapal Mavi Marmara – kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza telah diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Senarai aktivis Malaysia adalah : 1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin 2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin 3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin 4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin 5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin 6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif 7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal 8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM) 9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care 10. Mustafa bin Mansur, MAPIM 11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO 12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Dalam kejadian itu juga , tiga orang aktivis telah dibunuh, manakala 50 yang lain cedera. Komando-komando Israel telah memperlakukan tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan terhadap aktivis-aktivis yang berada di dalam kapal tersebut. Selain dipijak-pijak sambil diketawakan, komando Israel telah menembak secara rambang ke arah para aktivis. Ada di antara jenazah yang terkorban berbau wangi dan harum seperti kasturi. Peristiwa tragis kepada kapal Mavi Marmara telah memberi tekanan hebat kepada rejim Zionis Israel, dan dalam masa yang sama telah dapat membuka mata seluruh dunia terhadap kekejaman yang dilakukan selama ini terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza. Dalam majlis ini, saudara Jamuliddin juga telah menceritakan situasi yang berlaku di Palestin masakini. Regim Zionis menggunakan bom fosforus putih untuk membunuh rakyat Palestin. Bangunan kediaman, infrastruktur malah tanaman dan pokok-pokok tidak terkecuali dari penghapusan. 150 orang dibunuh setiap bulan melalui pelbagai bentuk jenayah yang tidak berperikemanusiaan. Turut disentuh adalah negara umat Islam yang bersekongkol dengan Yahudi seperti Mesir. Mesir yang bersempadan dengan Israel di Rafah, telah memainkan peranan utama dalam menyekat saluran bantuan ke Gaza. Majlis tamat pada jam 1 tengahari.
Gambar saudara Jamuliddin ketika disambut oleh keluarga dan sahabat handai di KLIA pada 6 Jun 2010. Saudara Jamiluddin berkopiah putih Buku berkaitan perjuangan rakyat Palestin juga dijual Tingkatan 3 al-Kindi dan al-Farabi tidak ikut serta kerana terlibat dalam seminar B.Inggeris di UiTM Jengka Slaid persembahan menayangkan gambar-gambar ketika peristiwa tersebut. Cenderamata kenang-kenangan. Tidak melepaskan peluang bergambar bersama tokoh aktivis. |
Setelah setahun lebih tidak "update"
-
Assalamualaikum semua... kira-kira sudah setahun lebih rasanya tidak
mengemaskini blog ini. Blog ini saya telah bina ketika di Mesir. Entah
macam mana teti...
11 years ago
Leave a Comment