MaahadSAS – Jumaat 8 Januari. Ustaz Muhamad Fauzi bin Azizan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Ustaz Fauzi berasal dari Felda Jengka 20, merupakan bekas pelajar MaahadSAS tahun 1996 – 2000. Beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir di Maahad Tahfiz Syubra dan kembali ke MaahadSAS sebagai guru tajaan ASPA.

Beliau terlibat dalam kemalangan motosikal dan dimasukkan ke Hospital Selayang. Setelah beberapa hari berada dalam keadaaan koma, beliau akhirnya pergi meninggalkan kita semua. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang yang soleh…al-Fatihah.

Ustaz Fauzi ketika konvensyen falak bulan Mac tahun lepas

Ustaz Fauzi yang sentiasa tenang dan pendiam menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak murid didiknya.


>>>>http://maahadsas.edu.my/home/aktiviti/berita-terkini/184-ustaz-fauzi-kembali-ke-rahmatullah.html