Dewan Saidina Ali, 1 Mac 2010 - Hari ini, Isnin, 1 Mac, bermulanya Sambutan MAulidur Rasul 1431H peringkat sekolah. Sambutan ini akan berlangsung selama seminggu (1 - 6 MAc 2010).

Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En Hasanuddin Md Isa pada perhimpunan pagi tadi. dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa RAsulullah merupakan contoh yang terbaik untuk kita ikuti terutama para pelajar. Kesungguhan Rasulullah melakukan kerja, semangat serta perancangannya dalam melaksanakan aktiviti dakwah. dengan itu, pelajar seharusnya bersungguh dalam menuntut ilmu.

Banyak Program akan dilaksanakan. Antara yang menarik ialah pertandingan menulis cerpen, sajak dan jom amal sunnah serta tayangan perdana Filem Ar-Risalah.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dengan kita mengingati serta berselawat dan sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

Smeoga semua pelajar dapat memberikan sokongan dan komitmen yang padu di dalam sambutan Maulidur RAsul pada kali ini.