2 MAc, Selasa - BADIK telah berjaya menganjurkan simposium nuqaba' bagi melicinkan lagi perjalanan usrah di Maahad As-Sultan AHmad Shah Ad-Diini.

Simposium yang berlang selama satu jam itu telah didedahkan dengan pengisian ilmiah berkaitan dengan usrah serta nuqaba'. Semua peserta telah di dedahkan pengenalan usrah, pembawakan usrah, ciri-ciri nuqaba' yang berjaya dan bagaimana mewujudkan usrah yang berjaya.

Program ini telah disampaikan oleh Ustazah Nur Faezah Nazri, merupakan alumni BADIK yang kini merupakan mahasiswa Universiti Al-Azhar yang pulang bercuti.

Antara ciri-ciri naqaib yang berjaya ialah :

-Kefahaman yang baik
-Iman yang mendalam
-Bersifat amanah
-Keikhlasan yang tinggi
-Beramal dengan ilmu
-Syakhsiah yang terpuji
-Pergaulan yang baik
-Qudwah Hasanah

Sekain itu, ciri-ciri usrah yang berjaya pula ialah
1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan


Semua nuqaba' muslimin dan muslimat telah hadir dan mendengar dengan teliti. Semoga usrah di maahad akan kembali sinar berpandukan usrah RAsulullah saw. walaupun ada kelemahan, namun BADIK amat mengharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam menghidupkan sunnah Rasul yang mulia ini. Wassalam.