16 Mei - Masjid Al-Ghazali, Maahad SAS - Kursus Jenazah pada tahun ini berjaya di laksanakan dengan jayanya. Semua pelajar dapat mengikuti kursus pada tahun ini.

Slot 1 di adakan di dewan kuliah iaitu Ceramah Persediaan Kematian dan Cara Menguruskan jenazah. Manakala Slot ke 2 pula praktikal mandi dan kafan jenazah serta solat.

Pelajar lelaki praktikal di MAsjid Al-Ghazali manakala pelajar perempuan praktikal di Dewan besar.

Menurut ustaz Zarimi, beliau mencadangkan agar BADIK memikirkan cara yang lebih baik bagi mencapai objektif program ini di laknsanakan. inii kerana ketika praktikal di jalankan terdapat sebahagian pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian kerana terlalu ramai. mungkin akan datang BADIK boleh menganjurkan kursus ini mengikut tingkatan.

Walaubagaimanapun, cadangan ustaz itu akan kami utarakan dan kami hargai. terima kasih ustaz dan juga kepada ustaz nafizal.

Insya'Allah mudah-mudahan BADIk akan lebih baik pada masa akan datang! Siiru 'ala barakatillah!