NAMA PROGRAM : KEM ANAK SOLEH ( KEMAS )
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 1
TEMA : BIAH SOLEHAH MENJAMIN KEHARMONIAN HIDUP
OBJEKTIF  : 
  1. MELAHIRKAN PERMATA HATI YANG SOLEH DAN SOLEHAH
  2. MEMUPUK KESEMPURNAAN SAHSIAH BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM
  3. MEMANTAPKAN AKIDAH ISLAMIAH DALAM DIRI
 27-29/4/2012 : Badan Dakwah Ibadah Dan Kepimpinan ( BADIK ) berjaya menganjurkan program KEMAS yang berakhir pada jam 1 tengah hari ahad lepas. Kem kali yang ke-9 ini merupakan program tahunan BADIK telah dirancang sejak bulan 3 bagi memastikan kualiti program di tahap yang paling baik. Sesuai dengan nama program, kem ini dianjurkan bagi menerapkan nilai-nilai positif sebagai seorang anak dan seorang pelajar islam dalam diri masing-masing.



            Antara aktiviti yang disusun ialah :

burung hantu
riadah / sukaneka
Tamrin Fi Usrah ( TFU )


slot muhasabah diri
       
           Ucapan terima kasih pihak kami kalungkan kepada pihak sekolah, terutamanya ayahanda tuan pengetua, cikgu Azmi Bin Aman kerana banyak memberi sokongan dari segenap segi terhadap program anjuran kami. Tak lupa juga kepada guru penasihat BADIK kerana setia memberi dan mencurahkan pengalaman dalam membentuk sebuah program yang baik serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Sekian....